Wednesday 24 August 2011

CeRiAnYa KaMi!!!

Penghujung ramadhan hampir berlalu... Tibalah giliran rumah nenek kesayangan aku untuk kami tuju berbuka puasa... Tapi, pada tahun ini, tidaklah sama seperti tahun2 yang lepas.. kali ni kami semua (termasuk family pak cik dan mak cik) berpakat mahu meriuhkan teratak nenekku untuk berbuka puasa bersama dalam hari yg sama... Syoookkk Tuuuuu!!!

Tak disangka sambutan yang diterima agak menggalakkan... setiap keluarga perlu membawa hidangan masing2 untuk dikongsi kepada yang lain... tak banyak sikitlah... bukan ramai sangat pun family kita... takat 36 orang tak termasuk pembantu2 anda semua...Ala...40-45 org je kan... Wahhh!!!!!

Memang happening sangat2... Lau salah rancang boleh jadi gila sebab happening sangat... Hahahahaha... ada yang bawa piza... nie mesti Western style.. ada yg bawa ayam panggang.. kepala ikan kuah asam pedas, ikan tiga rasa, macam2 lagi lah... yumyum dibuatnya... Gileeee Kentanggggg!!!!!

lepas buka bersama, solat tarawih bersama... disambung lg perbualan yang meriuhkan... Haisssshh... nk xplain dgn kata2 tak tercakap dah... yang penting, inilah kaluarga bahagia kami... gambar belum upload... so tak boleh tengok gambar... lau tak lg semangat nk bercerita...

Apapun, mungkin tahun hadapan acara yg begini akan diadakan lagi... moga2 kita akan bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan... memori bersama akan ku kenang...

Thursday 18 August 2011

RinDunya dengan KamU!!!!

Rindunya aku dengan kamu!!! Mahu saja aku menjerit... tapi tidak terdaya... selama ini hanya batin ini sahaja menjerit sehingga sekarang... huh!!!

Aku tersentak taktala nama yang muncul dalam message itu adalah salah seorang yang aku rindukan dan aku sayang... Betul kata2 yang pernah aku ucapkan... hubungan yang terjalin itu tidak akan terputus dengan mudahnya jika ianya wujud melalui perasaan ikhlas yang timbul dari hati... itulah yang berlaku pada hati ini...

Aku bersyukur sangat kerana aku masih dihatinyanya... sudah beberapa tahun aku menangis tatkala melihat gambar mereka... rasa rindu itu akan semakin menebal apabila tibanya hari2 istimewa bagiku...Dan kali inilah aku berasa gembira sehingga menitiska air mata apabila dia masih menyanyangiku.. Air mata inilah jawapan kepada kerinduan aku... jika dia berada dihadapanku kala in, akan ku peluk dia...

Tapi, sehingga bila aku mampu bertahan begini... tiada lagi kenangan antara kami... gambar2 mereka telah hilang tatkala laptop aku diserang virus... huh!!! itulah dugaanyan... Hanya mampu aku lakukan, aku doakan mereka sentiasa gembira dan berjaya disamping lindungan Yang Esa...

P/s buat adik yang akak sayang...

Walau pun waktu memisahkan kami dan kita, yakinlah bahawa satu hari nanti kita akan bersatu selagi adanya kesabaran... oleh itu sabarlah menempuh dugaan hidup ini... jangan mudah putus asa...setiap pengorbanan kita akan wujudnya kebahagiaan buat kita selagi kita Redha... setiap yang kita lalui adalah pengalaman kitauntuk kita corakkan kehidupan kita supaya terus bahagia dengan warna-warna yang indah... Kakak sentiasa menyanyagi kalian...Jauh dimata dekat di hatiii... =)

Sunday 14 August 2011

15 Ramadhan 1432 Hijrah


Bermula fasa ke-2 di bulan yang mulia ini... Pertingkatkanlah amalan kamu sebelum hilang keserian bulan mulia ini untuk tahun ini...

Pagi2 lagi telah bermula episod baru... sesampai kami di sini, "arnab" menjadi perbualan pertama kami... dan member seorang memikir kan "Raya"!!! Hah... weiii baru15 Ramadhan la weiii... Hahahaha... hampir hilang kawalan aku dbuatnya sebab aku dah mula beli baju raya... jangan jelezzzz.... tema, kita tunggu dan lihat je nanti... tak syok r bagi tau awal2 kan...

Harapan di hati aku peroleh apa yg aku impikan... Dia.... Dia yang memberi aku rasa rindu sangat...Dia yang memberi rasa sayang pada diriku untuk makhluk yang lain... Dia yang mampu membahagiakan kehidupan aku selagi aku sentiasa disisi Dia.... "Rindu, Sayang, Kasih, dan diriku" hanya utk dia...