Wednesday, 24 August 2011

CeRiAnYa KaMi!!!

Penghujung ramadhan hampir berlalu... Tibalah giliran rumah nenek kesayangan aku untuk kami tuju berbuka puasa... Tapi, pada tahun ini, tidaklah sama seperti tahun2 yang lepas.. kali ni kami semua (termasuk family pak cik dan mak cik) berpakat mahu meriuhkan teratak nenekku untuk berbuka puasa bersama dalam hari yg sama... Syoookkk Tuuuuu!!!

Tak disangka sambutan yang diterima agak menggalakkan... setiap keluarga perlu membawa hidangan masing2 untuk dikongsi kepada yang lain... tak banyak sikitlah... bukan ramai sangat pun family kita... takat 36 orang tak termasuk pembantu2 anda semua...Ala...40-45 org je kan... Wahhh!!!!!

Memang happening sangat2... Lau salah rancang boleh jadi gila sebab happening sangat... Hahahahaha... ada yang bawa piza... nie mesti Western style.. ada yg bawa ayam panggang.. kepala ikan kuah asam pedas, ikan tiga rasa, macam2 lagi lah... yumyum dibuatnya... Gileeee Kentanggggg!!!!!

lepas buka bersama, solat tarawih bersama... disambung lg perbualan yang meriuhkan... Haisssshh... nk xplain dgn kata2 tak tercakap dah... yang penting, inilah kaluarga bahagia kami... gambar belum upload... so tak boleh tengok gambar... lau tak lg semangat nk bercerita...

Apapun, mungkin tahun hadapan acara yg begini akan diadakan lagi... moga2 kita akan bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan... memori bersama akan ku kenang...

No comments:

Post a Comment